|
.
Membeli belah di bazar ramadhan Sri Serdang merupakan perkara yang dinanti-natikan oleh warga Sri Serdang, termasuk warga UPM sendiri. Alhamdulillah, pendapatan para peniaga meningkat. Para pembeli juga dapat menikmati pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa.
Dalam kesesakan orang ramai membeli belah, kita pasti akan kelihatan kelibat anak kecil, orang tua yang kudung kakinya, atau malahan si ibu yang memangku anak kecilnya, sambil mereka menggoncangkan kole (cawan) yang berisi wang syiling, yang boleh mengeluarkan bunyi bising untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang di hadapan mereka. Mengharapkan simpati, menghulurkan sedikit wang untuk mereka.
Kita merasakan bersyukur kerana dikurniakan oleh Ilahi rezeki yang ada sekarang. Bagi para mahasiswa, apa yang penting adalah tempat tinggal yang selesa, pengajian yang berjalan lancar, dan yang paling penting pandai membawa diri.
Rezeki yang dikurniakan ini perlulah dimanfaatkan sebaiknya, dan peluang yang muncul ini tidak datang sekali, dan perlulah juga dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Mata-mata JAMIS UPM merasakan terpanggil untuk menulis artikel ini. Sayang sekali, anak kecil yang terlalu muda ini dan masih mentah, tidak tahu erti kehidupan, perlukan sesuap nasi untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Pihak JAMIS UPM mengharapkan semoga mahasiswa semua merenungi kisah di sebalik apa yang berlaku di Bazar Ramadhan Sri Serdang ini. Wassalam.
|
<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM